Saturday, July 4, 2009

Nota 3:55 am.

Jam dah 3:55 am, aku masih memikirkan apa nak jadi.
Coretan pada kertas yang aku dah simpan 5 bulan
Masih aku guna sebagai penggerak aku (kononnya aku hebat)
Lagu bermain tanpa henti macam babi, aku tak henti henti menyanyi.
Tapi kenapa berhenti bila semuanya terjadi? aku pun nak ikut mati?

aku tak kesah apa kau nak buat, janji kau rasa kau hebat.
Aku hanya nak nokhtah, kau buat aku nak muntah.


Gila
kau
imaginasi aku

aku kejam
hipokrasi kau



Tiap kali kau laporkan diri, aku rasa happy, tapi...
But aku masih tak senang hati memikirkan petak hati
Yang dah berbelah bahagi. Semua orang cakap tak
Takut mati, kepala gajah kau orang lah. Semuanya hipokrasi.
Bila luka di hati, berjahit sana sini rasa seperti nak mati.
Boleh pula kau rasa benda tu, tak malu ke kawan?

Bila kau lari laju laju, aku masih macam batu,
Tak tahu menahu mana nak ku tuju, tapi aku nak gerak laju.
Sebab dalam aku, masih ada perasaan nak tahu tentang you.
Mata seperti ada gam, berat tapi still nak angkat. Sebab aku tak tahu
Apa nak buat dengan buku buku yang lalu dan baju baju kau.

Haram jadah, satu message pun tak sampai, tapi berpuluh dah keluar.
Aku check pocket seluar, aku jumpa nota dia, ringkas tapi sakit "berjahit"
Jugak la. Koyak rabak di buatnya. Aku hanya manusia. Berilah kerjasama
Kawan.

hisap rokok bertalu talu, kepala aku dah tak tentu. Mata aku macam masuk shampoo; pedih. Badan aku dah tak berlagu, macam hantu bergerak tak tahu arah tuju. Sekarang aku tahu, dah tak malu, aku nak main lagu sendiri pula

Kau tahu aku tahu apa kita semua mahu, kau tahu yang aku dah tak macam dulu.
Aku tahu aku masih "disitu" sedangkan kau dah pun pantas mendahului aku
Se-simple nya, kau dah Hilang hati kau.

1 comment:

  1. Kau tahu aku tahu apa kita semua mahu, kau tahu yang aku dah tak macam dulu.
    Aku tahu aku masih "disitu" sedangkan kau dah pun pantas mendahului aku


    ayat solid.

    ReplyDelete